2
semalam waktu sedang berjalan-jalan membaca cerita sex sensasi dan panas di blog ohartis aku ada tertengok ada slide di penjuru bawah sebelah kanan yang tertulis "INI MUGKIN LEBIH PANAS!" dan link tajuk related post dia yang lama.aku fikir cara ini memang sangat cool untuk menarik minat pengunjung untuk klik dan meneruskan bacaan mereka.Dengan cara ini dapat membuat pengunjung akan berada lebih lama di blog dan seterusnya dapat meningkatkan lagi page view di dalam blog kita.The slide adalah plugin yang dibuat oleh SimpleReach untuk digunakan di blog berplatform wordpress,tumblr,drupal,blogger dan lain-lain.The slide menggunakan ‘asynchronous loading” dan ia tidak akan mempengaruhi kecepatan loading posting blog korang.Setiap post yang di recommend akan ditentukan oleh SimpleReach sendiri berdasarkan beberapa faktor yang mereka tentukan sendiri.seperti artikel yang paling banyak di share di social network dan juga berdasarkan artikel posting yang paling popular.
Read More
0

Tentu bosan dengan penampilan showing post with label yang standart blogspot punya kan.Apa kata kita cantikkan sikit dia dengan kode css.Korang boleh ikuti cara nak buat dia kat bawah ni.

1.pergi ke edit html.Kemudian copy kode css kat bawah ni dan letakkan dia di atas kode </b:skin>


.status-msg-body{
padding:10px 0;
position:absolute;
text-align:center;
width:540px;
z-index:4
display:none;}

.status-msg-wrap{
font-size:12px;
margin:5px auto;
position:relative;
width:90%;
color:#000;
text-shadow: ##fff 0 1px 0;
padding-bottom:5px
}

.status-msg-bg{
background:#ddd url('http://lh3.ggpht.com/_ESZUCPXfZRg/TB2LKDXVFOI/AAAAAAAAFdU/-TGPBNx0p_k/search-icon.png') no-repeat;
position:relative;
width:500px;
height:40px;
border:1px solid #cecece;
z-index:1;
margin-left:5px;
}

.status-msg-border{
border:0px solid #000;
position:relative;
width:540px;
}

2.save template.dan tengok perubahannya ya.Selamat berjaya.

p/s:korang boleh adjust sikit width,background dan border dia mengikut kesesuain blog korang.
Read More
0
Sebenarnya blog bloggerfeedurl ini sudah lama aku buat untuk dijadikan sebagai tempat alternatif blogger-blogger menghantar url artikel selepas siap membuat post di blog mereka bertujuaan untuk mendapatkan pengunjung dari url artikel yang ditinggalkan di bloggerfeedurl.Disebabkan ada diantara blogger yang tidak pandai menghormati blogger-blogger lain kerana menghantar artikel yang sama banyak kali dan juga menghantar artikel lama mereka jadi aku telah mengambil keputusan untuk menghentikan service ini.

Tetapi sebagai alternatif lain aku telah menjadikan bloggerfeedurl sebagai blog direktori iaitu dengan mengumpulkan kesemua blogger di suatu tempat iaitu di bloggerfeedurl dengan cara submit blog mereka di bloggerfeedurl.Yang paling menariknya di bloggerfeedurl setiap kali korang update blog korang ia akan diupdate secara automatik di bloggerfeedurl jadi korang tak perlu susah-susah untuk menghantar artikel korang lagi.Dan korang akan dapat pengunjung setelah url post baru korang itu diklik oleh pengunjung.Cuba Lihat Screenshoot Dibawah.


Macam mana menarik kan?..tetapi walau menarik macammana sekalipun jika kurang promosi tidak guna juga.jadi sebagai syarat untuk blog korang berada di bloggerfeedurl korang perlu promosi bloggerfeedurl dengan membuat post di blog korang menceritakan tentang bloggerfeedul kalau ada yang ingin memberikan cadangan membina pun bagus juga.Dan korang juga perlu copy salah satu banner bloggerfeedurl dan letakkan di sidebar blog korang.Tujuan korang copy banner itu hanyalah sebagai satu sokongan kepada bloggerfeedurl.Korang semua boleh start submit blog korang sekarang disini dan sila turuti syarat-syarat yang telah diberikan.Blog korang akan diapprovekan setelah korang patuhi kesemua syarat-syarat yang telah diberikan itu.Terima kasih dan selamat berbelogging.
Read More
5
baru aku perasan yang blog aku dah x ada keluar iklan dari adsense rupanya bila check email dah kena disable.nasib baikla last payment aku dah ambik kalau tak mesti haru jugak.Tapi tak apalah nanti boleh cuba buka akaun baru dan lepas ni kena lebih berhati-hati sikit dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak google adsense.

post ini saja je aku buat untuk memberitahu korang semua yang blog aku akan ditambah dengan kedai online.Aku sebenarnya tak suka buat banyak blog sebab aku tak ada masa nak jaga jadi aku buat template yang baru ini mempunyai dua fungsi satu fungsi untuk blog dan satu lagi lebih kepada kedai online berbentuk gallery lengkap dengan order form secara pop up sekali.Jadi tak adala nampak berserabut sangat.Disamping bertutorial aku juga akan menjual hehehe..Buat masa ni tak ada lagi terfikir nak jual barang apa..mungkin korang boleh bagi sedikit idea kot dekat aku barang apa yang senang dijual.Okla semua nantikan kemunculan template terbaru arieyblog.com.. blog tutorial + shop.
Read More
11

Aku akan sambung tutorial buat blogshop dengan blogger dengan cara menunjukkan bagaimana nak buat order form atau contact form dengan menggunakan Google Docs.Google yg memang terkenal dengan bermacam-macam tool yang disediakan untuk pengguna internet dan salah satunya ialah Google Docs.Tool ini digunakan untuk berkongsi dokumen-dokumen secara online dan kita juga boleh membuat form dan boleh diletakkan didalam blog.Segala maklumat akan dihantar di Google Data Spreadsheet bila seseorang memasukkan data dan menghantarnya melalui Google Docs.Sekarang kita ikuti cara-cara untuk membuatnya.

1.Langkah pertama korang perlulah mempunyai satu akaun daripada Google tidak kira Gmail,blogger akaun atau apa saja akaun yang dioffer oleh google.

2.Masuk ke dalam akaun Gmail korang kemudianKlik di Documents.

3.kemudian klik di create new dan pilih form



4.Tulis tajuk order form di ruang untitled form dan masukkan kata-kata alaun di dalam ruang di bawah untitled form itu atau biarkannya kosong je.


5.masukan soalan yang pertama di Question Title itu contohnya masukkan Nama: jika korang nak jadikan soalan ini wajib dijawab maka korang perlu tandakan didalam kotak make this required question.dan klik done.


6.Kemudian masukkan soalan yang kedua contohnya email: dan ikuti langkah seperti diatas tadi.Untuk memilih bentuk soalan korang boleh pergi ke Question Type dan pilih soalan yang ingin ditanya.



7.untuk menambah soalan yang baru korang hanya pergi ke duplicate.dan buat soalan yang baru.Korang boleh tengok duplicate tu di hujung sebelah kanan ditepi pensil dan tong sampah.


8.Setelah siap buat order form korang pergi ke more action dan pilih embed copy dan pastekan didalam blog korang.





9.Untuk melihat data-data yang mungkin dimasukkan oleh penguna korang boleh check didalam email dan pilih Documents dan tengok didalam form yang korang buat tu.korang boleh melihat data-data itu didalam spreadsheet seperti MS access ataupun MS Excel.harap tutorial ini dapat membantu korang membuat order form atau apa saja form dengan menggunkan Google docs.Sekian.

Demo Order Form
Read More
8
Salam semua,hari ni aku nak teruskan panduan bagaimana untuk membina blogshop atapun kedai online dengan menggunakan blogger.Langkah pertama yang perlu korang buat untuk membina blogshop dengan blogger adalah korang perlu mempunyai satu akaun dengan Google iaitu dengan membuat satu e-mel dengan Gmail.Dengan hanya membuat e-mel dengan Gmail korang boleh menggunakan kesemua aplikasi yang telah pun disediakan di google.Setelah kita mempunyai e-mel dengan gmail maka barulah kita dapat membuat satu blog di blogger dan mula membina blogshop kita nanti.

Selain daripadaGmail korang juga boleh menggunakan perkhidmatan e-mel yang lain secara percuma seperti yahoo dan lain-lain tapi aku lebih sarankan korang menggunakan Gmail.Aku akan tunjukkan cara-cara membuat e-mel dengan Gmail kerana aku anggap tidak semua orang tahu membuat akaun emel khasnya kepada mereka yang baru mahu bermula menjinakkan diri dengan dunia internet.Korang boleh lihat video tutorial macammana nak buat akaun Gmail di Google dibawah ini.



Setelah korang berjaya membuat akaun Gmail maka bolehlah korang bermula membuat blog dengan blogspot.Cara untuk membuat blog korang boleh rujuk semula post aku yang terdahulu cara-cara untuk[ membuat blog dengan blogger. ]..Post yang akan datang aku akan tunjukkan cara untuk membuat order form dan memilih template yang sesuai untuk buat blogshop.
Read More
0
Berita baik kepada pengguna blogspot.Blogger telah melancarkan 5 pandangan dinamik untuk kesemua blognya.


Apakah dia pandangan dinamik di blogger itu?

pandangan dinamik diblogger itu adalah korang boleh memilih untuk memaparkan kesemua post didalam blog korang dalam beberapa cara yang berbeza tanpa perlu mengubah tempalte korang dengan menggunakan Ajax,css3 dan html 5

contoh screenshoot dibawah.
1.Pandangan sidebar













2.Flipcard view













3.Mosaic view













 4.Snapshot view.













5.Timeslide view.















Bagaimana cara untuk menggunakannya di blog korang.

untuk cuba menggunakannya diblog hanya menambah / paparan di akhir URL blog korang.
Sebagai contoh:
http://myblog.blogspot.com/view

sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuatkan pandangan dinamik ini menjadi di blog korang.

1.Sila pastikan blog korang boleh diview oleh orang ramai dan tidak perlu sign in untuk masuk.Cara setting pergi ke Dashboard-Setting-Permissions dan pilih anybody.

2.Blog korang harus membenarkan feeds fully enabled.Cara setting pergi ke Dashboard-Setting-Site feed-Allow Blog Feeds dan pilih full.

3.Jangan disabled dynamic views.Cara setting pergi ke dashboard-setting-formatting-Enable Dynamic Views dan pilih yes.

dengan penampilan baru dari blogger ini akan dapat menjimatkan masa pengunjung memilih apa yang mereka mahukan didalam blog kita tanpa perlu klik butang next atau kembali lagi.Sungguh teruja bukan.Blogger melangkah kedepan setapak lagi.
Read More
2
Korang rasa berminat tak nak mencuba memulakan perniagaan secara online?..Kalau rasa berminat mungkin panduan yang aku tunjukkan akan datang amat berguna untuk korang bermula membuat blogshop korang sendiri dengan menggunakan blogger.Aku tahu ramai lagi orang-orang yang berminat untuk menambah pendapatan secara sampingan didalam online tetapi kerana kurangnya pengetahuaan hajat mereka itu tidak kesampaian.Ditambah pula panduan untuk membuat blogshop ini tidak boleh didapati dengan secara percuma kebanyakkannya korang perlu membeli ebook untuk membuat blogshop korang sendiri.

Sebenarnya untuk membuat blogshop korang sendiri amat mudah sama seperti membuat blog seperti yang biasa cuma korang perlu memilih template yang agak bersesuaian dan aku sarankan agar menggunakan template gallery style supaya pembeli lebih mudah membuat memilih jenis barang yang ingin dibeli didalam blogshop korang itu.Okla pada post yang akan datang aku akan tunjukkan kepada korang semua khasnya newbie bagaimana untuk membuat blogshop yang kemas,membuat order form,memulakan perniagaan dengan menggunakan dropshipping tanpa memerlukan modal dan lain-lain lagi supaya korang dapat mula menambah pendapatan didalam online.Jadi jangan lupa untuk dapatkan panduaan itu dalam post aku yang akan datang dan jangan lupa untuk subscribe blog aku ini.Ok jumpa pada post yang akan datang.
Read More
7
Baru-baru ni google telah pun update page rank.Bila aku semak page rank untuk blog http://www.arieyblog.com aku sedikit tersenyum kerana blog aku telah mendapat page rank 3..Alhamdulilah..sekarang aku dah dapat balik page rank yang sama masa aku pakai blogspot dulu..macammana dengan blog korang ada peningkatan tak?.Aku harap agar korang pun mendapat page rank yang bagus juga.kalau page rank tak naik pun tak apa,..apa yang penting blogging mesti diteruskan :) .Dengan mendapat page rank ini aku akan cuba mengupdate blog ini dengan seberapa kerap yang mungkin dengan memberikan info dan tutorial yang berguna kepada korang semua.Terima kasih aku ucapkan kerana sentiasa berkunjung ke blog aku ni ya..Kalau aku free aku akan melawat blog kawan-kawan semua nanti.

#klik sini untuk tengok cara semak page rank
#klik sini cara untuk letak widget page rank dalam blog
Read More
9
 
Salam semua..hari ni aku nak tunjukkan bagaimana cara senang nak tambah kawan beratus sehari di facebook.Jika selama ini kita menambah kawan di facebook hanya menggunakan secara manual tentu sedikit sebanyak meletihkan kita betul tak?..Tapi sekarang dah ada software untuk kita tambah kawan beratus sehari secara automatik di facebook.Software yang aku nak share ni namanya Facebook Blaster Pro.Dan aku rasa software ni sangat berguna kepada mereka yang ingin berniaga didalam facebook.

Facebook Blaster Pro merupakan aplikasi yang multifungsi.Dengan Facebook Blaster Pro kita boleh menambah kawan secara automatik,Mengirim messages di inbox dan juga menhantar di wall kawan-kawan.Korang boleh tengok video di bawah ini untuk belajar cara-cara nak gunakan Facebook Blaster Pro ini.Link download ada di bawah.



Download
Read More
0

Salam semua..dah agak lama aku tidak update blog ini.Sejak kebelakangan ini mood untuk blogging dah agak menurun disebabkan connection internet aku yang terlalu lembab dan juga ditambah lagi dengan bebanan kerja yang aku terpaksa buat hmmm..boringnyer tapi nak buat camne nama pun kerja..

Terima kasih aku ucapkan kepada semua pengunjung yang masih sudi berkunjung ke blog aku ini.Sebagai menghargai jasa korang aku akan cuba update blog ini dengan seberapa kerap yang mungkin dengan tutorial-tutorial yang pasti dapat membantu korang semua nanti.insyaallah [sambil dengar lagu maher zain]..:)

Kali ini aku nak kongsi dengan korang satu software yang aku rasa sangat berguna untuk mereka yang hendak buat video tutorial mengenai handfone..dulu aku ada share software untuk rakam desktop komputer korang boleh rujuk sini dan Software ini pula boleh digunakan untuk merakam aktiviti didalam handfone pula.Software ini namanya Remote S60 Profesional..Tetapi software ini hanya boleh digunakan untuk Nokia S60 dan UIQ3 phone je phone lain aku tak try lagi mungkin korang boleh cuba mana tau jadi.

Ok mula-mula korang download dulu software ni kat sini Download

selepas tu korang extract file tu.

lepas extract dalam folder tu ada 2 sofware satu korang install dekat dalam pc dan satu lagi dalam handset korang.

lepas dah install sambuangkan handfone korang ke pc melalui bluetooth atau pun guna usb.

klik ikon remote profesional di pc korang dia akan keluar macam ni.

pastu korang buka pula sofware ni didalam handfone korang dan pilih connect dengan usb atau bluetooth.



Lepas tu korang dah boleh mula rakam aktiviti dalam phone korang ..Semoga berjaya.


*sori kalau tak berapa faham tengah buat tutorial dalam keadaaan mengantuk hehe.
Read More